Dari
Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka
tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di
muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda
tidak senang. Berkata Aisyah:"Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah
dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali
bertanya:"Bantal-bantal apakah itu?" Jawab Aisyah, "Aku
membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda
Rasulullah s.a.w:"Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat
seraya dikatakan kepada mereka:"Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis
itu!" Kemudian baginda bersabda:"Sebuah rumah yang terdapat di
dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah
itu." (Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan